nie aku.

nie aku.

Sabtu, 18 Disember 2010

Konsep wang untuk pelajar tahun 2

Kebanyakan daripada kita (guru) sering mengalami masalah dengan pelajar yang kurang memahami pembelajaran tentang topik wang.Pelajar sering salah tentang konsep menukar wang syiling ke dalam ringgit.Selepas kita mengajar, mereka(pelajar) akan kata paham,bila dh buat latihan apa yang di katakan faham tadi entah kemana.

Kosep menukar wang syiling kepada ringgit.

1. Guru perlu memberitahu pelajar bahawa wang syiling (sen) nilainya kurang daripada 100 iaitu sehingga 99 sahaja.Sekiranya lebih daripada 99 maka wang tersebut menjadi nilai ringgit.
2. Guru perlu mengajar nilai tempat dan kedudukan titik dalam menulis nilai ringgit dan sen.


                        RM 5 . 30

RM = Ringgit Malaysia perlu di tulis di depan sekali.
5 = Nombor yang berada di depan sekali adalah nombor Ringgit.(Nilainya lebih daripada 100 )
. = Titik menandakan pengasingan antara nilai ringgit dan nilai sen.
30 = Nombor 30 adalah nilai sen (Nilainya kurang daripada 100)